Pages

Monday, July 25, 2011

biskut coklat pretzel

BAHAN-BAHAN

250 gm mentega
120 gm gula aising
100 gm telur
50 gm susu UHT
10 gm gula castor yang telah digaulkan dengan vanila
450 gm tepung
10 gm serbuk koko

CARA MEMBUATNYA

Pukul mentega, gula aising dan telur hingga kembang. Gaulkan susu UHT, gula castor, tepung dan serbuk koko. Dengan menggunakan beg aising, bentukkan seperti dalam gambar. Bakar dalam ketuhar sehingga masak. Sejukkan di dalam peti sejuk seketika dan celupkan dalam coklat yang telah dicairkan.

Sunday, July 24, 2011

biskut bintang kayu manis

BAHAN-BAHAN

200 gm tepung serba guna
480 gm badam, dikisar halus
390 gm gula halus
5 biji telur putih
320 gm gula aising
 
15 gm serbuk kulit kayu manis
2 biji putih telur - aising royal
350 gm gula aising, diayak - aising royal
2 titik perahan limau susu - aising royal

CARA MEMBUATNYA

Satukan semua bahan dan gaul hingga rata. Jika adunan terasa kering, tambah putih telur. Jika terlalu lembik, tambah gula aising. Canai adunan setebal 1.25 cm. Ratakan aising royal di atas adunan dan simpan sejam di dalam peti sejuk hingga adunan keras sedikit. Celup acuan bintang ke dalam tepung lalu terap adunan ini. Susun biskut di atas dulang bakar yang dilengserkan dengan sedikit mentega dan dialas kertas minyak. Bakar 10-15 minit pada suhu 180'C. Untuk menyediakan aising royal, satukan semua bahan aising royal dan gaul hingga sebati.

Saturday, July 23, 2011

biskut batik

BAHAN-BAHAN
  • Biskut Lemak 
  • Milo  
  • Susu Kacang Tanah  
  • Marjerin 
CARA MEMBUATNYA

Goreng kacang tanah sehingga garing dan mesin separuh hancur. Pecah-pecahkan biskut juga separuh hancur. Kemudian panaskan periuk dengan marjerin tunggu sehingga betul-betul cair dan mula masukkan milo,susu dan kacang tadi. Kacau sehingga sebati dan tutup api, kemudian masukkan biskut kacau sehingga rata dan letakkan kedalam loyang dan sejukbekukan didalam peti sejuk.

Wednesday, July 20, 2011

tart buah kurma

BAHAN-BAHAN
  • 150 gm tepung gandum 
  • 1 biji telur (ambil kuningnya sahaja) 
  • Isi buah kurma 
  • 50 gm mentega 
  • 10 gm gula halus
CARA MEMBUATNYA

Gaul kesemua bahan hingga menjadi doh.Bentukkan doh menjadi bulat dan leperkan.Isikan bahagian tengahnya dengan isi kurma yang telah dilenyek.Tutup semula dan bentukkan seperti buah kurma.Sapukan telur merah sebelum membakar di dalam ketuhar dengan kepanasan 180 darjah Celcius.

tempeyek

BAHAN-BAHAN
  • 2 cawan tepung beras 
  • 100 gm kacang tanah
  • Sesudu teh jintan putih
  • Sesudu teh jintan manis
  • Sesudu teh ketumbar 
  • 2 cawan santan 
  • Sesudu teh kapur makan
  • 2 sudu teh gula
  • Sesudu teh garam
  • 60 gm ikan bilis, dikisar 
  • Minyak untuk menggoreng
CARA MEMBUATNYA

Bersihkan dan tuskan kacang tanah. bancuh tepung beras dan masukkan semua bahan. Panaskan minyak atas api yang sederhana besar. Dengan menggunakan acuan tuangkan adunan tadi ke atasnya dan taburkan beberapa biji kacang tanah. Apabila agak keperangan, angkat dan tuskan.

ketam masak lemak cili padi

  • 1 tin kecil ikan sardin 
  • 3 gram kunyit hidup 
  • 20 gram cili padi 
  • 3 batang serai  
  • 3 biji kentang(dipotong 4) santan pekat (sebiji setengah) 
  • garam  
  • 2 keping asam keping
CARA MEMBUATNYA
  1. Tumbuk atau kisar kunyit hidup bersama cili padi sehingga hancur.Serai juga ditumbuk sedikit sehingga terlerai.
  2. Masukkan ikan sardin bersama bahan yang ditumbuk dan biarkan sehingga air ayam kering.
  3. Setelah itu masukkan santan.
  4. Biarkan mendidih dan masukkan kentang,garam secukup rasa dan asam keping.
  5. Jika mahu lebih pedas boleh lebihkan cili padi.
  6. Dah masak tutup api dan hidangkan.

sardin masak lemak cili padi

BAHAN-BAHAN
  • 1 tin kecil ikan sardin 
  • 3 gram kunyit hidup 
  • 20 gram cili padi 
  • 3 batang serai  
  • 3 biji kentang(dipotong 4) santan pekat (sebiji setengah) 
  • garam  
  • 2 keping asam keping
CARA MEMBUATNYA
  1. Tumbuk atau kisar kunyit hidup bersama cili padi sehingga hancur.Serai juga ditumbuk sedikit sehingga terlerai.
  2. Masukkan ikan sardin bersama bahan yang ditumbuk dan biarkan sehingga air ayam kering.
  3. Setelah itu masukkan santan.
  4. Biarkan mendidih dan masukkan kentang,garam secukup rasa dan asam keping.
  5. Jika mahu lebih pedas boleh lebihkan cili padi.
  6. Dah masak tutup api dan hidangkan.