Pages

Wednesday, July 20, 2011

tart buah kurma

BAHAN-BAHAN
  • 150 gm tepung gandum 
  • 1 biji telur (ambil kuningnya sahaja) 
  • Isi buah kurma 
  • 50 gm mentega 
  • 10 gm gula halus
CARA MEMBUATNYA

Gaul kesemua bahan hingga menjadi doh.Bentukkan doh menjadi bulat dan leperkan.Isikan bahagian tengahnya dengan isi kurma yang telah dilenyek.Tutup semula dan bentukkan seperti buah kurma.Sapukan telur merah sebelum membakar di dalam ketuhar dengan kepanasan 180 darjah Celcius.

tempeyek

BAHAN-BAHAN
  • 2 cawan tepung beras 
  • 100 gm kacang tanah
  • Sesudu teh jintan putih
  • Sesudu teh jintan manis
  • Sesudu teh ketumbar 
  • 2 cawan santan 
  • Sesudu teh kapur makan
  • 2 sudu teh gula
  • Sesudu teh garam
  • 60 gm ikan bilis, dikisar 
  • Minyak untuk menggoreng
CARA MEMBUATNYA

Bersihkan dan tuskan kacang tanah. bancuh tepung beras dan masukkan semua bahan. Panaskan minyak atas api yang sederhana besar. Dengan menggunakan acuan tuangkan adunan tadi ke atasnya dan taburkan beberapa biji kacang tanah. Apabila agak keperangan, angkat dan tuskan.

ketam masak lemak cili padi

  • 1 tin kecil ikan sardin 
  • 3 gram kunyit hidup 
  • 20 gram cili padi 
  • 3 batang serai  
  • 3 biji kentang(dipotong 4) santan pekat (sebiji setengah) 
  • garam  
  • 2 keping asam keping
CARA MEMBUATNYA
  1. Tumbuk atau kisar kunyit hidup bersama cili padi sehingga hancur.Serai juga ditumbuk sedikit sehingga terlerai.
  2. Masukkan ikan sardin bersama bahan yang ditumbuk dan biarkan sehingga air ayam kering.
  3. Setelah itu masukkan santan.
  4. Biarkan mendidih dan masukkan kentang,garam secukup rasa dan asam keping.
  5. Jika mahu lebih pedas boleh lebihkan cili padi.
  6. Dah masak tutup api dan hidangkan.